Pada tanggal 8 April 2011 yang lepas, ayahandaku, opahku dan adikku telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah... Flight pada jam 3petang itu telah kami mulakan dengan sedikit kenduri doa selamat pada sebelah paginya bg memberkati perjalanan mereka.Kenduri ini hanya diadakan sesama keluarga kami dan ade la kami jemput sedikit jiran2 terdekat..
Mereka telah pulang ke tanah air pada tanggal 24 April 2011.. Mereka telah berada di Mekah selama 17 hari dan mereka bagi aku sgt bertuah dan beruntung kerana dpt pergi menunaikan ibadah tersebut selama 17 hari sebab selalunya org yg menunaikan Umrah nie dapat pergi dalam 14 hari je. Alhamdulillah rezeki mereka dan Allah s.w.t tu menerima niat suci mereka kerana disana mereka dapat menunaikan ibadah dengan lancar tanpa sebarang halangan dan dugaan yang mencabar..
Kepulangan mereka kami sambut di KLIA pada jam 1.40 petang. Apabila nampak je muka ayah, opah dan adikku keluar dari pintu tu, ya Allah... tuhan saja yang tahu betapa hepi dan bersyukurnya kami kerana mereka selamat pergi dan pulang.. Muka mereka kelihatan bercahaya... Betapa Allah s.w.t itu maha agung... Aku juga nk share rasa banggaku terhadap adik ku kerana dia dapat menunaikan ibadah tersebut pada usianya 14 tahun... I LOVE U ANAS! Kepulangan mereka telah mengubat rindu kat hati kami sekeluarga dan kami menyambut mereka dengan sedikit jamuan makan di rumah bondaku tanpa kesyukuran kami.. ALHAMDULILLAH....
**Nk share sket sebijik dua gambar dorang kat sane... hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan